Tuesday, December 30, 2008

Umat Islam, secara khususnya di Malaysia sekali lagi digemparkan dengan berita penghinaan kepada rasul junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.Dulu ada pasal lukisan lukisan kan.? Malah kali ini, ia lagi hot and spicy kerana ianya didakwa dilakukan oleh blogger tempatan iaitu seorang wanita melayu yang beragama Islam. Walau bagaimanapun, teka-teki berkenaan siapakah penulis sebenar blog menghina Nabi Muhammad S.A.W ini masih lagi belum terjawab. Berita mengenai perkara ini pertama kali dihebahkan kepada orang ramai melalui TV3 di dalam rancangan Buletin Utama pada 26 Disember 2008.

Perempuan ni mendakwa dirinya adalah seorang yang berfikiran terbuka dan moden, penyayang, dan suka untuk berdepan dengan cara pemikiran lama melalui petikan yang tertulis di dalam bahagian “About Me” di dalam blognya yang berbunyi:

I am open minded, modern thinking, fun loving individual, like to challenge all the old thoughts.

Ok,Blog tersebut dipenuhi dengan 32 post yang mana 30 daripadanya adalah berunsur penghinaan kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam bentuk gambar dan tulisan-tulisan ringkas yang memperjelaskan penghinaannya.

Benda yang dia buat ini amatlah menjijikkan dan umat Islam di seluruh dunia pastinya menuntut agar tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terlibat. Segala bentuk penghinaan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W adalah satu tindakan yang tidak wajar dikompromikan daripada tindakan undang-undang yang keras apatah lagi Malaysia ini adalah sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam.Kerja nak enjoy dunia semata mata , dan akhirnya akhirat lupa.

1 comment:

Amiza Yul said...

Kuang hajo nye pompuan tu...